suria

MH17: Pendakwa Hadapi Tugas Sukar Tahan Pihak Bertanggungjawab

THE HAGUE: Pasukan penyiasat yang diketuai Belanda kini sedang menjejaki individu bertanggungjawab menembak jatuh pesawat penerbangan Malaysia MH17 selepas punca pesawat tersebut terhempas didedahkan pada Selasa.

Namun, sama ada penjenayah itu akan ditangkap terus menjadi persoalan.

Penganalisis berkata kerjasama Rusia untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 pada 17 Julai tahun lalu kini amat penting.

Penyiasat nahas udara mendedahkan laporan akhir mereka pada Selasa berkata pesawat tersebut ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu permukaan ke udara BUK.

Nahas itu menggorbankan 298 nyawa.

"Jika Rusia bekerjasama dalam kes jenayah ini juga bermaksud dakwaan penglibatan mereka dalam insiden di Ukraine itu kini menjadi tumpuan dalam mahkamah undang-undang.

"Mereka tidak akan menerimanya," kata penyiasat hubungan antarabangsa, Tony van der Togt.

Walaupun laporan rasmi Lembaga Keselamatan Belanda itu menyatakan punca sebenar kemalangan itu, ia sentiasa memberi jaminan tidak akan menuding jari kepada mereka yang bertanggungjawab.

Namun, pengerusinya, Tjibbe Joustra mencadangkan selepas pendedahan laporan itu, kawasan peluru berpandu itu dilancarkan sememangnya dikuasai pemberontak.

MH17, BUK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain