suria

MH17: Rusia Tahu Pesawat MAS Ditembak Peluru Berpandu BUK - Penyiasat Ukraine

Serpihan peluru berpandu BUK didakwa ditemui pada mayat mangsa MH17, lapor penyiasat Ukraine.

SERPIHAN peluru berpandu ke udara (BUK) buatan Rusia dikatakan telah ditemui pada mayat mangsa nahas pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, lapor Mirror.co.

Dakwaan mengejutkan itu telah dibuat oleh seorang penyiasat warga Ukraine yang merupakan sebahagian daripada kumpulan penyiasat antarabangsa dalam insiden yang mengorbankan seramai 298 penumpang dan anak kapal pada tahun lalu.

Laporan rasmi mengenai nahas berkenaan daripada Lembaga Keselamatan Belanda dilapor akan dikeluarkan pada minggu depan.

Vasyl Vovk turut mendakwa bahawa peluru berpandu itu telah digunakan oleh kumpulan pemberontak pro-Rusia untuk menembak jatuh pesawat MAS yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

"Bukti menunjukkan bahawa BUK itu telah ditembak oleh pengganas - ahli politik Rusia dan pegawai kanan tentera turut mengetahui. Ianya telah dibawa ke Ukraine pada Julai lalu, bertujuan menembak jatuh pesawat.

"Pengangkut senjata seperti BUK itu dari Rusia - mustahil jika tembakan dilakukan tanpa pengetahuan orang atasan.

"Tentera tidak dibenarkan menggunakan senjata berat tanpa kebenaran. Menteri Pertahanan Rusia pasti mengetahuinya," jelas jeneral perkhidmatan risikan Ukraine itu.

Ukraine, MH17, Belanda, Rusia

Artikel Sebelum

Artikel Lain