suria

Pacquiao Umum Bersara Sukan, Fokus Politik Tahun Depan

Manny Pacquiao

JUARA tinju dunia dari Filipina, Manny Pacquiao mengumumkan akan bersara tahun depan selepas perlawanan terakhirnya untuk memberi fokus dalam bidang politik.

Pacquiao yang memegang lapan gelaran dunia dalam kategori pelbagai divisyen ini berhasrat untuk menjadi bakal presiden Filipina.

"Saya rasa sudah bersedia untuk bersara. Saya sudah berada dalam bidang tinju lebih 20 tahun," kata Pacquiao, 36 dalam temubual media ABS-CBN.

Pacquiao bermula sebagai peninju profesional pada umur 16 tahun dan memenangi 57 perlawanan, termasuk 38 pusingan kalah mati.

Beliau kalah dalam pertarungan paling mahal kepada peninju Amerika Syarikat, Floyd Mayweather kerana kecederaan di bahu kanannya pada Mei lepas.

Anggota kongres sejak 2010 ini mengumumkan tawarannya untuk jawatan senator pada pilihanraya negara yang akan diadakan pada Mei tahun depan.

"Saya akan beri komitmen dalam apa sahaja yang menarik perhatian saya. Jika anda seorang senator, fokus anda harus kepada kerja dan keluarga," katanya menerusi temubual itu.

Setakat ini, beliau belum memilih lawannya, bagaimanapun  tidak menolak perlawanan semula dengan Maywheather walaupun telah mengumumkan persaraan dalam sukan kegemarannya itu.

Dilahirkan dalam keluarga susah, Pacquiao memulakan kerjaya sebagai ahli tinju sehinggan dilantik sebagai duta produk.

Mewakili dewan rakyat wilayah selatan Sarangani, Pacquiao juga seorang pemain professional bola keranjang dan paderi.

Beliau telah dikritik dalam media sosial  selepas menghadiri empat sesi persidangan daripada 70 sesi pada tahun ini atas alasan sukan dan komitmen lain. 


Manny Pacquiao, Filipina, senator, tinju

Artikel Lain