suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jakarta Terima Bantuan Asing Padam Kebakaran Hutan

SINGAPURA: Selepas beberapa minggu kerajaan Indonesia cuba untuk memadamkan kebakaran hutan di negaranya, republik itu akhirnya bersetuju menerima bantuan pihak luar.

Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan menerusi posting di Facebook berkata, pada malam Rabu: "Mengadakan perbincangan yang baik malam ini dengan Menteri Luar (Indonesia) Retno Marsudi yang menyatakan bahawa Indonesia kini akan menerima tawaran kami.

"Ia adalah baik untuk kita bekerja bersama-sama untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin."

Kebakaran hutan yang berpunca daripada aktiviti pembersihan tanah perladangan menyebabkan jerebu tebal melanda sebahagian wilayah Indonesia serta negara jiran, Malaysia dan Singapura.

Masalah jerebu menjadi isu tahunan di rantau ini dan pelbagai pihak mengkritik Indonesia kerana masih gagal menghalang aktiviti pembakaran hutan.

Artikel Lain