suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Majlis Perkahwinan Dibom, 13 Terbunuh

SANAA: Seramai 13 orang terbunuh manakala 38 lagi cedera apabila sebiji bom diletupkan dalam satu majlis perkahwinan di bandar yang dikuasai pemberontak pada Khamis.

Saksi perubatan berkata, pengeboman itu disasarkan terhadap majlis perkahwinan berkenaan yang berlangsung di Sanban.

Walaupun tidak mengetahui sumber pengebom berkenaan namun, pihak perubatan percaya ia dilakukan oleh kumpulan militan Syiah.

Ia dipercayai dilakukan bagi membalas dendam terhadap tentera pakatan kerajaan Arab Saudi dan Yemen yang didakwa mengebom satu majlis perkahwinan hingga menyebabkan 131 orang yang terdiri daripada kumpulan Syiah terbunuh.

Bagaimanapun tentera Arab Saudi menafikan telah bertindak kejam terhadap pemberontak dengan mengebom orang awam.

Yemen, Arab Saudi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain