suria

Lebih 50,000 Penduduk Riau Sakit Akibat Jerebu

PEKANBARU: Jerebu tebal yang melanda wilayah ini mengakibatkan lebih 50,000 penduduk di sekitar Riau terpaksa mendapatkan rawatan untuk pelbagai penyakit.

Rekod pejabat kesihatan Riau menunjukkan mulai akhir Jun hingga 5 Oktober lalu, seramai 52,536 penduduk sakit akibat jerebu.

Pegawainya, Rozita memaklumkan ramai pesakit diserang penyakit jangkitan saluran pernafasan akut, jangkitan paru-paru, lelah, gatal pada mata dan kulit.

"Seramai 47,836 menghidap jangkitan saluran pernafasan, 847 menghidap jangkitan paru-paru, 2,213 menghidap lelah, 2,880 menerima rawatan kerana sakit mata dan 3,760 akibat sakit kulit.

“Data ini kami kumpul daripada pesakit yang datang mendapatkan rawatan di pusat kesihatan di 13 daerah dan bandar di Riau,” katanya.

Menurutnya, bandar itu sahaja terdapat tujuh pusat kesihatan dan satu pusat pemindahan untuk penduduk yang terjejas akibat jerebu.


Riau, jerebu, lelah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain