suria

Pemain Kriket Dera Pembantu Rumah Serah Diri

Shahadat (tengah) diiringi pihak berkuasa Bangladesh ke penjara sebaik menyerah diri pada Ahad.

DHAKA: Pemain kriket kebangsaan Bangladesh, Shahadat Hossain yang digantung sementara daripada aktiviti sukan menyerah diri selepas dikatakan mendera pembantu rumahnya di sini.

Susulan itu juga atlet itu turut mengemukakan petisyen untuk jaminan berkaitan kesnya itu.

Mahkamah dijadualkan mendengar petisyen itu beberapa hari lagi.

Shahadat menyerah diri dua hari selepas polis menahan isterinya berkaitan kes penderaan pembantu rumah mereka yang hanya berusia 11 tahun.

Hossain dan isteri dituduh mendera pembantu rumahnya sejak 6 September lalu.

Jurucakap Lembaga Kriket Bangladesh, Jalal Yunus memberitahu pemberita pada 13 September "pembaling pantas, Shahadat Hossain akan kekal digantung sehingga hukuman diputuskan." - Xinhua



kriket, Bangladesh, Shahadat Hossain

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Enam Maut Dibadai Taufan Mujigae

Artikel Lain