suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Maut Dibadai Taufan Mujigae

BEIJING: Taufan Mujigae yang membadai kawasan pedalaman di selatan China mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terbunuh, manakala beratus-ratusan lain cedera.

Ribut kuat yang melanda wilayah selatan Guangdong termasuk di sepanjang pesisir pantai pada Ahad itu juga menyebabkan bekalan elektrik, air dan telekomunikasi terputus, kata media tempatan.

Rakaman televisyen menunjukkan pokok-pokok tumbang kesan taufan itu, manakala bangunan di tapak pembinaan musnah. 



Kren di projek yang masih dalam pembinaan juga tumbang.

Susulan itu, pihak berkuasa memberi amaran banjir dan tanah runtuh mungkin berlaku di wilayah selatan Yunnan.

Selain itu, pembatalan penerbangan dibuat pihak berkuasa dan turut memindahkan ribuan orang dan sebanyak 64,000 bot nelayan kembali ke pelabuhan di wilayah itu, lapor media tempatan. -Reuters  

Mujigae, Guangdong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain