suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Aviastar Ditemui, Semua Penumpang Maut

Keadaan pesawat Twin Otter yang terhempas di Bukit Pajaja, Selatan Sulawesi yang mengorbankan semua penumpang dan anak kapal.

JAKARTA: Pesawat Twin Otter milik syarikat penerbangan Aviastar yang dilaporkan hilang di udara sejak Jumaat lepas, ditemui dalam keadaan hancur di kawasan di Bukit Pajaja, Kampung Ulu Salu, Daerah Luwu, Sulawesi Selatan.

Menurut siaran berita televisyen tempatan, kesemua 10 orang termasuk tiga anak kapal ditemui mati di tempat kejadian.

Bangkai pesawat itu ditemui oleh penduduk kampung yang turut membantu usaha mencari dan menyelamat setelah ia gagal dikesan selama empat hari.

Pesawat itu yang berlepas dari lapangan terbang Masambar pada kira-kira 2 petang Jumaat lepas, dilaporkan hilang setelah terputus hubungan dan tidak mendarat di Makassar, Sulawesi Selatan sejam kemudian.

Ketua Polis Daerah Sulawesi Selatan Pudji Hartanto Iskandar dipetik sebagai berkata operasi sedang dijalankan untuk membawa keluar mayat mangsa.

Kesemua mangsa termasuk seorang bayi disahkan rakyat tempatan dan punca kejadian masih disiasat.

Masamba ialah ibukota Luwu Utara iaitu bandar kecil di tepi sungai yang menjadi sempadan antara Sulawesi Tengah dan Sulawesi Barat.-- Bernama

Artikel Sebelum

Enam Maut Dibadai Taufan Mujigae

Artikel Berikut

Artikel Lain