suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir: 17 Maut Di Perancis

Laluan bawah tanah yang dipenuhi air akibat hujan lebat di Perancis.

PARIS: Seramai 17 maut manakala empat lagi hilang selepas ribut kuat dan hujan lebat melanda tenggara Perancis.

Daripada jumlah tersebut, seramai tiga mangsa terdiri daripada warga emas di rumah orang tua di Antibes.

Mangsa lain dilapor terbunuh apabila terperangkap dalam kenderaan di dalam terowong dan tempat letak kenderaan bawah tanah yang digenangi air.

Presiden Perancis Francois Hollande mengumumkan bahawa benca alam telah melanda sebahagian negara berkenaan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat yang bersatu berusaha demi negara itu.

Hollande juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dalam bencana berkenaan.

Perancis, Banjir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain