suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanah Runtuh Di Guatemala: Jumlah Kematian Meningkat Kepada 131

SANTA CATARINA PINULA, Guatemala: Jumlah kematian akibat tanah runtuh di pinggir bandar Guatemala meningkat kepada 131 orang.

"Dukacita, pengiraan baru menunjukkan seramai 131 orang disahkan terkorban manakala lebih 300 lagi masih hilang," kata jurucakap bomba sukarelawan Julio Sanchez.

Jelasnya kepada pemberita, kanak-kanak, wanita dan bayi antara yang ditemui terkorban di sini.

Pada Khamis lalu, hujan lebat telah menyebabkan tanah runtuh dan memusnahkan sebanyak 125 rumah penduduk.

Berikutan malapetaka berkenaan, pihak berkuasa mengarahkan  penduduk yang tinggal dalam lingkungan 15 kilometer untuk berpindah.

Bagaimanapun sejumlah besar daripada mereka enggan mengikut arahan tersebut dan masih menjalani kehudupan seperti biasa walaupun terdedah kepada bahaya.

Guatemala

Artikel Lain