suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Bangladesh Tolak Kaitkan IS Dengan Kes Bunuh Warga Asing

Sheikh Hasina. Foto Reuters

DHAKA: Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina pada Ahad menolak dakwaan mengenai kumpulan militan Negara Islam (IS) dikaitkan dengan dua insiden warga asing ditembak mati.

Beliau berkata, pihak polis masih belum mempunyai bukti untuk mengesahkan insiden tersebut didalangi kumpulan militan itu.

Hasina berkata demikian selepas sehari kejadian seorang warga Jepun berusia 66 tahun, Hoshi Kunio ditembak mati di utara Bangladesh.

Kunio merupakan warga asing kedua yang ditembak di negara itu dalam tempoh kurang seminggu.

Seorang warga Itali berusia 50 tahun, Cesare Tavella ditembak mati pada minggu lalu dekat kawasan diplomatik Dhaka, satu lagi serangan yang didakwa dilakukan oleh IS.

"Kita masih belum menemui sebarang kaitan (dengan IS). Kita perlu siasat," kata Hasina kepada pemberita.

"Kita tidak mempunyai petunjuk. Jika seseorang mendakwa bertanggungjawab, kenapa kita perlu menerimanya?," tambahnya.

"Selagi kita belum menemui kaitan berdasarkan siasatan yang dijalankan, saya tidak fikir untuk kita terima (dakwaan)."

Tavella ditembak sebanyak tiga kali pada 28 September lalu oleh penyerang yang melarikan diri menggunakan motosikal.

Ia merupakan serangan yang disifatkan kerajaan Bangladesh sebagai insiden terpencil dalam cubaan untuk menggugat keselamatan.

Kunio pula ditembak mati oleh penyerang tidak dikenali yang menunggang motosiakal ketika sedang menaiki lanca di daerah Rangpur di bandar Kaunia. - AFP

Sheikh Hasina

Artikel Berikut

Artikel Lain