suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bunuh Anak Sebab Roti Tak Bulat, Hangus

Aniqa dibunuh ayahnya hanya kerana roti.

LAHORE: Seorang bapa ditahan kerana disyaki membunuh anak perempuannya selepas berang apabila mangsa memasak roti yang tidak cukup bulat dan hangus.

Siasatan mendapati, lelaki kejam itu dengan bantuan anak lelakinya berusia 16 tahun telah melakukan pembunuhan itu.

Dunya News melaporkan, Aniqa Khalid, 12, dibunuh bulan lalu.

Bagi mengelak dirinya menjadi sasaran akibat kematian anaknya, Khalid membuat laporan kehilangan Aniqa dua hari selepas kejadian itu.

Siasatan kejadian itu dilakukan apabila mayat remaja malang itu ditemui di luar rumah mayat dengan kesan luka.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati Khalid dan Abu Zar membuang mayat Aniqa di pekarangan rumah mayat.

Lelaki itu kemudiannya mengaku bersalah melakukan pembunuhan itu dengan dibantu anak lelakinya.

Khalid juga memberitahu polis, dia berang kerana roti itu bukan saja tidak bulat, tetapi hangus. 


gol roti, Aniqa Khalid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain