suria

25 Pejuang IS Maut Dalam Letupan

BEIRUT: Seramai 25 ahli kumpulan militan Negara Islam (IS) terbunuh dalam satu letupan kuat di kilang pembuatan bahan letupan di timur wilayah Deir Ezzor, Syria, lapor Pemerhati Hak Asasi Manusia pada Rabu.

Menurut pertubuhan yang berpangkalan di Britain itu, pihaknya masih belum mengenalpasti sama ada letupan tersebut sengaja dilakukan atau akibat serangan peluru berpandu.

"Satu letupan kuat berlaku pada malam di kilang pembuatan bahan letupan IS di bandar Al-Mayadeen, wilayah Deir Ezzor.

"Beberapa letupan lain turut berlaku yang menggegarkan seluruh bandar. Seramai 25 pejuang IS terbunuh dan kira-kira 20 yang lain cedera," jelasnya.

Kumpulan IS kini mengawal sebahagian besar wilayah minyak Deir Ezzor yang bersempadan dengan Iraq.

Bagaimanapun, tentera kerajaan masih mengawal ketat bahagian wilayah ibu negara dan beberapa kawasan kecil yang mempunyai kekurangan kepentingan strategik. 


IS, Syria

Artikel Lain