suria

Gempa Bumi Landa Taiwan, Jepun Keluarkan Amaran Tsunami

Timbalan Pengarah Pusat Pemantauan Seismologi Taiwan, Lu Pei-ling menunjukkan graf gempa bumi yang melanda Taiwan.

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat melanda wilayah Taiwan, Isnin di 123 km tenggara Keelung, Taiwan dan 2,014 km timur laut Kudat, Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalm satu kenyataan berkata gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter itu berlaku pada pukul 9.42 pagi.

Tiada ancaman tsunami dikesan tetapi jabatan itu akan terus memantau rapi kejadian berkenaan, kata kenyataan itu lagi.

Di TOKYO, tsunami setinggi satu meter diramalkan berlaku di kepulauan di selatan Jepun pada Isnin susulan gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter melanda wilayah Taiwan.

Badan penyiaran nasional NHK berkata, ombak membadai beberapa pulau di selatan Okinawa selepas gempa bumi sederhana melanda tengah Yonaguna di barat daya berdekatan Taiwan.

AFP melaporkan seorang saksi berkata, bangunan kelihatan bergoyang di Taipei, bagaimanapun tiada sebarang kerosakan dilaporkan di ibu negara Taiwan itu.

"Kami mengeluarkan amaran menerusi radio.

"Semua penduduk diarahkan bergerak ke kawasan yang jauh dari laut," kata Satoshi Shimoji mewakili pentadbir bandar Miyako menerusi NHK.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik dalam kenyataannya memaklumkan amaran itu berdasarkan data dan tiada amaran tsunami berikutan gempa bumi ini.

Keelung, Taiwan, gempa bumi, tsunami, Okinawa

Artikel Lain