suria

Anggota Tentera Maut Dalam Pertempuran

RIYADH: Seorang anggota tentera Arab Saudi terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan militan syiah di sempadan Arab Saudi-Yaman pada Sabtu.

Mangsa dilapor anggota tentera ketujuh yang terbunuh sejak Arab Saudi memulakan serangan bersama tentera gabungan terhadap militan syiah di Yaman.

Jurucakap tentera gabungan, Brigedier Jeneral Ahmed al-Assiri berkata, anggota tentera terbabit terbunuh ketika pertempuran berlaku sejak Jumaat malam sehingga lewat malam Sabtu.

"Seorang daripada anggota tentera telah terbunuh," katanya sambil memberitahu tentera gabungan telah melakukan 2,000 serangan udara sejak tiga minggu lalu.

Sejak tempoh peperangan itu bermula, seramai tiga penjaga sempadan dan tiga lagi anggota tentera Arab Saudi turut terkorban.

Arab Saudi, Yaman

Artikel Lain