suria

Tiket Kereta Api Aidilfitri Sudah Habis Dijual

PURWOKERTO: Walaupun sambutan Aidilfitri akan hanya diraikan kira-kira tiga bulan lagi, namun di Indonesia tiket kereta api untuk penduduk pulang ke kampung sudah habis dijual.

Penduduk bandar ini mula menyerbu kaunter tiket khusus untuk perjalanan sepanjang musim perayaan Julai ini yang mula dibuka Rabu ini.

Hari Raya Aidilfitri bakal disambut di Indonesia pada 7 Julai ini.

Pengurus syarikat kereta api, Surono berkata, sambutan yang diterima adalah baik hinggakan kebanyakan tiket bagi perjalanan seawal 10 hari sebelum Aidilfitri habis dijual.

“Tiket untuk penduduk pulang ke kampung masing-masing bagi perjalanan antara enam hingga 10 hari sebelum Aidilfitri sudah habis dijual dan kaunter untuk perjalanan selepas perayaan pula akan mula dijual pada 20 April ini,” katanya.

Berikutan sambutan baik yang diterima, Surono menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan mereka lebih awal untuk pulang ke kampung dengan menggalakkan pembelian tiket lebih awal menerusi Internet.

Bagaimanapun, timbul pula isu lain apabila ada penduduk yang tidak berpuas hati keana sukar membeli tiket secara dalam talian dan terpaksa ke stesen kereta api untuk membelinya.


Aidilfitri, kereta api, Purwokerto

Artikel Sebelum

IS Tembak Mati Komander Kanan

Artikel Lain