Lelaki Dikesan Lakukan Seks Dengan Mayat - Dunia | mStar

Lelaki Dikesan Lakukan Seks Dengan Mayat

Bilik mayat.

SEORANG lelaki gelandangan dikesan melakukan hubungan seks dengan mayat wanita di sebuah bilik mayat.

Lelaki berkenaan ditahan pada Isnin lalu dan didakwa kerana mencuri sebuah basikal di Pusat Khidmat Pengebumian Awam Hill Watson di bandar Georgia di Colombus, Amerika Syarikat (AS).

Sewaktu siasatan dilakukan, polis menemui bukti di mana lelaki itu didapati melakukan hubungan seks dengan mayat wanita di bilik mayat itu, lapor akhbar Columbus, Ledger-Enquirer.

Pengarah pusat khidmat pengebumian itu, Cedric Hill enggan untuk mengulas mengenai perkara itu.

Beliau berkata, perniagaan yang dijalankan adalah menyediakan perlindungan dan keselamatan terbaik buat keluarga si mati.

Domonique Smith, 26, dituduh atas dakwaan necrophilia atau melakukan hubungan seks dengan mayat.

Dia mengaku bersalah kerana melakukan pecah masuk dan dipenjarakan. - mirror.co.uk


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

IS Rancang Bakar 17 Tahanan Di Dalam Sangkar

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Mayat Nora Anne sudah dituntut