suria

Gempa Bumi Di Aceh Ragut 22 Nyawa

Dua wanita Aceh menangis sambil mendukung anak mereka di luar rumah selepas Aceh dilanda gempa kuat.

BANDA ACEH (Indonesia): Gempa bumi kuat yang menyebabkan beberapa struktur bangunan runtuh di barat Indonesia pada Selasa, meragut kira-kira 22 nyawa dan mencederakan lebih 200 yang lain.

Gempa itu turut menyebabkan lebih 1,500 rumah dan bangunan rosak di seluruh wilayah Aceh.

Anggota penyelamat kini sedang menjalankan kerja-kerja mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan.

Gempa berukuran 6.1 magnitud pada lewat petang Selasa berpusat kira-kira 55 kilometer di barat bandar Bireun, dengan kedalaman 10 kilometer.

Pegawai Agensi Mitigasi Bencana, Sutopo Purwo Nugroho, berkata 12 orang terkorban manakala 70 yang lain cedera akibat kejadian tanah runtuh atau bangunan runtuh di Bener Meriah, kawasan yang terjejas teruk.

Katanya, lebih 10 mangsa terkorban manakala 140 yang lain cedera di daerah Aceh Tengah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain