suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Lagi Mangsa Dijangkiti Virus SARS Di Perancis

PARIS: Seorang pegawai kesihatan Perancis pada Jumaat berkata mereka bimbang kes pertama virus menyerupai Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang mengorbankan hampir 18 orang kebanyakannya di Arab Saudi mungkin menjangkiti dua lagi mangsa.

Seorang lelaki berusia 65 tahun yang kembali ke Perancis selepas bercuti di Dubai didiagnosis dijangkiti virus tersebut.

Lelaki tersebut ditempatkan di unit jagaan rapi di sebuah hospital di utara bandar Douai.

"Ini adalah kes pertama yang berlaku di Perancis," kata pegawai itu.

Namun pada Khamis, pihak Kementerian Kesihatan di wilayah Nord/Pas-de-Calais berkata dua lagi individu diarahkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selepas menunjukkan simptom dijangkiti virus tersebut.

Lelaki itu merupakan mangsa yang berkongsi sebuah bilik di hospital dengan mangsa pertama dan seorang doktor yang merawatnya.

Artikel Lain