Universal Akan Perluas Tarikan Baru Harry Potter - Dunia | mStar

Universal Akan Perluas Tarikan Baru Harry Potter

ORLANDO, Florida: Universal Orlando akan memperluaskan tarikan ‘Wizarding World of Harry Potter’ (Dunia Sihir Harry Potter) dengan kawasan baru yang berdasarkan lokasi dalam buku fiksyen itu di Diagon Alley dan London.

Universal Orlando pada Rabu mengumumkan bahawa kawasan baru Harry Potter itu akan dibuka pada 2014.

“Kepada para peminat Harry Potter, ini merupakan peluang untuk pergi ke pelbagai tempat bahawa kawasan yang ikonik yang digambarkan dalam cerita itu,” kata Mark Woodbury yang merupakan Presiden Kreatif Universal untuk Taman dan Resort Universal.

“Dan mereka yang bukan peminat besar yang akan ke Wizarding World of Harry Potter akan teruja dengan persekitarannya dan benar-benar merasakan ia sebagai suatu yang menakjubkan. Kami mempunyai harapan yang sama untuk membawa mereka merasai pengembaraan baru ini.” - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

22 Maut Letupan Di Lombong Arang Batu

Artikel Berkaitan

Artikel Lain