suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 Terbunuh Dalam Keganasan Dan Bom Di Iraq

MOSUL: Pertempuran di Utara Iraq telah mengorbankan sembilan anggota polis manakala sebuah kereta yang sarat dengan bom diletupkan berhampiran sebuah masjid fahaman mazhab sunnah waljamaah mengorbankan empat orang jemaah.

Pertempuran antara pihak berkuasa dengan sepasukan anggota bersenjata di Barat bandar ini telah menyebabkan sembilan anggota polis terkorban manakala tujuh lagi cedera.

Empat daripada kumpulan bersenjata itu turut terbunuh.

Sementara di Rashidiyah, Utara Baghdad, sebuah kereta yang sarat dengan bom diletupkan sebaik sahaja para jemaah keluar dari masjid selepas selesai solat Jumaat.

Dua puluh dua lagi jemaah dilaporkan tercedera.

Artikel Sebelum

Artikel Lain