suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angka Korban Gempa di China Meningkat 186

LUSHAN (China): Angka korban gempa bumi yang menggegarkan bandar Sichuan di sini Sabtu lalu meningkat kepada 186 orang, manakala 11,000 dilaporkan parah dan berpuluh lagi masih hilang, kata pihak berkuasa tempatan.

Gempa yang melanda seluruh bandar Sichuan terutama kawasan pedalaman di bandar Ya’an berlaku di garisan yang sama di mana gempa dasyat tercetus lima tahun lalu yang membunuh lebih 90,000 orang, dan dianggap gempa terburuk di negara itu.

"Kami kehilangan segala-galanya dalam masa yang singkat," kata pelajar kolej, Luo Shiqiang, 20.

Beliau berkata, sepupunya juga parah berikutan terperangkap dalam runtuhan.

Daerah Lushan dan Baoxing menjadi wilayah paling teruk berikutan gempa berukuran 6.6 magnitud melanda kawasan berkenaan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain