suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jumlah Kematian Akibat Gempa Bumi Di China Meningkat 180 Orang

Sebuah rumah di kawasan perumahan Gaohe, di Qionglai dekat bandar Ya'an rosak teruk akibat gempa bumi.
Sebuah rumah di kawasan perumahan Gaohe, di Qionglai dekat bandar Ya'an rosak teruk akibat gempa bumi.
Sebuah rumah di kawasan perumahan Gaohe, di Qionglai dekat bandar Ya'an rosak teruk akibat gempa bumi.

BEIJING: Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda barat daya Wilayah Sichuan China, meningkat kepada 180, dengan kira-kira 11,227 orang lagi cedera, kata Kementerian Hal Ehwal Awam China pada Ahad.

Kira-kira 24 orang lagi dilaporkan hilang, katanya.

Gempa bumi berukuran 7.0 itu menjejaskan lebih 1.5 juta penduduk di kawasan berkenaan, lapor agensi berita Xinhua memetik Kementerian Hal Ehwal Awam sebagai berkata.

Lapan bangunan runtuh dan kira-kira 400 bangunan rosak di kawasan perbandaran Chongqing, manakala 900 bangunan rosak di Wilayah Yunnan, katanya.

Sejumlah 1,097 gegaran susulan dilaporkan selepas gempa bumi itu, dengan tiga daripadanya dalam julat kekuatan 5.0 hingga 5.9.

Perdana Menteri China Li Keqiang tiba di zon terjejas di Sichuan tengah hari Sabtu dengan helikopter bagi meninjau sendiri kerja-kerja menyelamat.

Gempa bumi melanda Lushan di Ya'an City di wilayah itu pada 8.02 pagi (waktu yang sama di Malaysia, lapor Xinhua, memetik Pusat Rangkaian Gempa Bumi China.

Ya'an terkenal kerana ia merupakan kediaman panda.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain