suria

Telefon Pintar Boleh Rekod Nadi Manusia - Fujitsu

TOKYO: Sebuah telefon pintar boleh mencatatkan nadi seorang pengguna dengan hanya melihat mukanya, diperkenalkan di Jepun pada Isnin.

Syarikat teknologi gergasi Fujitsu merancang untuk menjadikan ciptaan itu sebagai kegunaan praktikal bagi telefon pintar dalam tempoh setahun, yang membolehkan orang di tempat kerja atau rumah dapat mengesan kesihatan mereka dan mengumpul data untuk analisis tanpa melibatkan peranti khas.

Telefon pintar itu berfungsi dengan bertindak secara variasi dalam kecerahan wajah seseorang yang disebabkan oleh aliran darah.

Pengkaji berkata, saluran darah yang kecil yang terlalu banyak di muka, membolehkan pemantauan haemoglobin yang mana menyerap cahaya hijau.

Haemoglobin merupakan protein yang dijumpai dalam sel darah merah yang mengandungi iron dan menyalurkan oksigen.

Penggunaannya mudah dengan menunjukkan sebuah kamera kepada wajah seseorang dalam tempoh sepantas lima saat dapat membolehkan catatan nadi dilakukan, sementara teknologi itu secara automatik melakukan saringan terhadap kesan kepada pergerakan kepala atau perubahan yang disebabkan oleh berdiri dengan cepat.

“Malah di tempat kerja yang begitu sibuk, atau bila-bila masa seseorang itu sedang duduk di hadapan komputer, sama ada melakukan persidangan secara dalam talian atau menulis emel, nadi mereka boleh diukur semasa satu ketika yang senyap,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

“Di rumah, sebuah kamera akan dipasangkan di televisyen bagi mencatatkan nadi seseorang yang sedang berehat di hadapannya, atau sebuah cermin apabila seseorang sedang mempersiapkan diri pada waktu pagi,” katanya kenyataan itu.

“Pengesan nadi dibina di pintu masuk sesuatu kawasan atau pusat kawalan di lapangan terbang bagi memudahkan aplikasi keselamatan mengesan orang-orang yang mengalami maalah kesihatan dan mereka yang berkelakuan mencurigakan.” - AFP

Artikel Lain