suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

China Tidak Akan Laksana Hegemoni - Li Keqiang

BEIJING: Perdana Menteri China Li Keqiang berjanji China tidak akan melaksanakan hegemoni sekiranya negara itu menjadi lebih kuat.

Beliau berkata negara itu telah belajar daripada pengalaman pahit dalam sejarah modennya, oleh yang demikian tidak akan melaksanakan terhadap pihak lain apa yang negara itu sendiri tidak ingini.

Bercakap pada sidang akhbar di sini pada Ahad, Li berkata beliau sedar kebimbangan utama dunia terhadap China ialah sama ada China yang lebih kuat akan menjadi lebih bersifat pendesak dan melaksanakan hegemoni.

Li berkata dunia juga khuatir mengenai pertumbuhan ekonomi mampan China, sambil menegaskan China berupaya mencapai perkembangan ekonomi yang sihat dan mampan dan pada masa yang sama mencapai kemajuan daripada segi sosial.

"Terdapat 1.3 bilion penduduk di negara ini, kami berada dalam perjalanan yang jauh untuk merealisasikan urbanisasi negara. "Tetapi kami masih memerlukan persekitaran antarabangsa untuk keamanan berkekalan," kata Li.

Hegemoni merujuk kepada konsep penguasaan menyeluruh atau kepimpinan satu negara atau kumpulan ke atas negara atau kumpulan yang lain.

Dalam perkembangan lain, Li berkata China mesti mencatatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 7.5 peratus untuk mencapai matlamat pembangunannya menjelang 2020.

Beliau menjangkakan persekitaran ekonomi dihadapi di negara ini akan terus serius dan kompleks, dengan itu keutamaan kepimpinan baharu ialah mengekalkan pertumbuhan ekonomi mampan.

Li berkata tranformasi ekonomi merupakan kunci untuk mencapainya, melibatkan pembaharuan, pemupukan potensi permintaan domestik, kreativiti dan daya maju kreativiti.

Li dinamakan Perdana Menteri China yang ketujuh oleh Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) yang ke-12 pada Jumaat, menggantikan Wen Jiabao.

Sesi tahunan pertama NPC ke-12 bermula 3 Mac dan berakhir pada Ahad. -BERNAMA

Artikel Lain