suria

China Nafi Dakwaan Lakukan Godaman Siber Terhadap AS

BEIJING: Perdana Menteri China Li Keqiang menolak dakwaan yang ada pihak dari negara itu melakukan penggodaman siber terhadap Amerika Syarikat.

Ditanya sama ada China akan menghentikan penggodaman tersebut, Li berkata gangguan penggodam merupakan masalah di serata dunia, malah China turut menjadi sasaran. "China tidak menyokong, malah menentang serangan (siber) seumpama itu," katanya pada sidang akhbar di sini pada Ahad mengenai pencemaran alam sekitar dan masalah keselamatan makanan di China.

Li berkata tuduhan tidak berasas tidak wajar dibuat terhadap satu sama lain, dan semua pihak sepatutnya menumpukan masa untuk sesuatu yang boleh menyumbang kepada keselamatan siber.

Menurut laporan bulan lepas, beberapa syarikat AS dan agensi kerajaan dicerobohi penggodam China, termasuk sebuah unit tentera China.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar China Hong Le menafikan tuduhan itu dan berkata China dan AS sentiasa mengekalkan hubungan mengenai isu-isu relevan. -BERNAMA

Artikel Lain