Bas Terhumban Ke Dalam Sungai di Dhaka - Dunia | mStar

Bas Terhumban Ke Dalam Sungai di Dhaka

DHAKA: Sekurang-kurangnya 17 orang maut, sementara 26 tercedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas yang membawa pelancong ke pusat peranginan Cox Bazaar di sini terjunam ke dalam sungai.

Bas itu terbabas ke dasar sungai Matamuhuri selepas pemandu hilang kawalan lalu merempuh pagar jambatan.

"Setakat ini seramai 17 orang disahkan mati. Enam belas meninggal dunia di tempat kejadian dan satu lagi dalam perjalanan ke hospital, " kata ketua polis Cox Bazaar, Azad Miah.

Beliau berkata, pelancong kebanyakannya dari daerah Gazipur, Bangladesh dan sedang menuju ke Bazar Cox selepas menghadiri perayaan di Fatikchhari di sini. - AFP

Artikel Sebelum

Pope Benedict Umum Letak Jawatan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel