Pope Benedict Umum Letak Jawatan - Dunia | mStar

Pope Benedict Umum Letak Jawatan

Pope Benedict XVI.
Pope Benedict XVI.

ROME: Pope Benedict pada Isnin mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan pada 28 Februari ini kerana dia tidak lagi mempunyai kekuatan untuk memenuhi tanggugjawabnya.

Keputusan beliau itu dilihat sebagai yang pertama mengambil langkah sedemikian.

Pope yang kini berusia 85 tahun itu berkata keputusannya itu dibuat selepas beliau menyedari keadaan kesihatannya yang semakin merosot sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

"Saya sedar tentang ketidakupayaan saya untuk memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya"

"Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa saya meninggalkan kementerian ini kepada Bishop Rom," katanya menurut satu kenyataan dari Vatican.

Seorang jurucakap Vatican berkata, pope akan berundur secara rasmi pada pukul 7 pagi waktu tempatan pada 28 Februari. REUTERS

Artikel Sebelum

Korea Utara Lancar Ujian Nuklear

Artikel Berikut

Bas Terhumban Ke Dalam Sungai di Dhaka

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

MMA cabar ego Zul Ariffin