suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Daging Babi Ditemui Dalam Makanan Halal Di Penjara Britain

LONDON: Kementerian Keadilan Britain menggantungkan khidmat pembekal daging halal kepada penjara pada Jumaat selepas mengesan terdapat daging babi di dalam pai dan karipap daging.

Semua penjara telah dimaklumkan mengenainya dan semua produk berlabel halal dikeluarkan serta-merta, kata jurucakap kementerian itu.

“Ini merupakan situasi yang tidak boleh diterima langsung dan kami amat kesal mengenainya,” kata Menteri Keadilan, Jeremy Wright.

“Secara jelas perkara ini menimbulkan kebimbangan bagi mereka yang mengalaminya dan mereka akan ditenangkan dengan kami melakukan apa sahaja yang boleh untuk menangani situasi itu. Khidmat Penjara sedang menyiasat perkara ini sebagai sesuatu yang mustahak.”

Islam mengharamkan penggunaan daging babi.

Pendedahan itu berikutan daging kuda dijumpai dalam burger daging lembu yang dibekalkan oleh rangkaian pasar raya Britain, dengan satu jenama burger mengandungi 29 peratus daging kuda.

Seorang jurucakap bagi Agensi Standard Makanan (FSA) berkata, insiden terbaru melibatkan daging babi.

“FSA telah dimaklumkan bahawa sejumlah pai dan karipap daging telah dibekalkan kepada penjara-penjara di UK (United Kingdom) di mana ia dilabel dan dijual sebagai halal, dikesan mengandungi DNA daging babi,” katanya.

“Pihak berkuasa (di mana pangkalan bagi pembekal) sedang menyiasat bagaimana perkara itu boleh berlaku dan sama ada produk-produk berkenaan telah diedarkan ke seluruh UK,” katanya. - AFP

Artikel Lain