suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abang Obama Umum Bertanding Pilihan Raya Kenya

KOGELO (Kenya): Abang kepada Presiden Barack Obama, mengumumkan penyertaannya dalam politik Kenya dengan menyatakan hasrat untuk bertanding merebut salah satu kerusi gabenor wilayah pada 4 Mac depan.

Malik Obama, 54, yang berkongsi bapa dengan Barack Obama tetapi berlainan ibu memberitahu agensi berita AFP bahawa kejayaan adiknya sebagai seorang ahli politik telah menjadi pendorong yang besar untuknya berkecimpung dalam politik.

Malik seorang ahli ekonomi menyatakan masanya telah tiba untuk dia menawarkan khidmat untuk menamatkan kesengsaraan masyarakat Kenya khususnya di kawasan keluarganya di Kogelo.

Bagaimanapun Malik Obama bakal berhadapan dengan saingan yang sengit kerana adik bongsu Perdana Menteri Kenya, Raila Odinga turut menyatakan hasratnya untuk bertanding.

Obama mungkin akan bertanding atas tiket bebas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain