suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Rogol Wanita India: Lima Suspek Akan Didakwa Di Mahkamah

NEW DELHI: Polis India pada Selasa mengesahkan akan mendakwa secara rasmi lima daripada enam suspek kes pembunuhan seorang wanita berumur 23 tahun yang diperkosa di dalam sebuah bas di New Delhi.

Suspek keenam dalam kes berkenaan adalah remaja bawah umur.

Polis mengarahkan ujian tulang diadakan terhadap tertuduh keenam bagi mengesahkan umur suspek.

Mengikut undang-undang India, remaja di bawah umur tidak boleh disabitkan dengan kesalahan membunuh.

Jurucakap polis New Delhi, Rajan Bhagat, berkata pada Selasa dakwaan itu akan difailkan di mahkamah pada Khamis ini.

Kesemua suspek bakal berdepan hukuman mati jika didapati bersalah.

Artikel Berikut

Artikel Lain