suria

Ubat Sirap Batuk Disyaki Punca 33 Maut Di Pakistan

Antara ahli keluarga yang menuntut mayat di hospital di Gujranwala, Pakistan. Seramai 33 orang maut dipercayai bagi menuntut mayat yang dipercayai kerana minum ubat sirap batul. Foto EPA

LAHORE, Pakistan: Pegawai kerajaan berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat ubat sirap batuk yang dipercayai menyebabkan kematian 33 orang di timur Pakistan sejak tiga hari lepas.

Abdul Jabbar Shaheen pada Sabtu berkata, 54 orang lain sedang dirawat di hospital di bandar Gujranwala yang turut dipercayai menggunakan ubat sirap batuk itu.

Beliau berkata, mereka yang terlibat itu merupakan buruh atau penagih dadah yang minum ubat sirap batuk itu untuk khayal.

Shaheen berkata, sampel kimia diambil daripada perut mangsa yang mengandungi dextromethorphan, sintetik morfin yang digunakan dalam sirap batuk yang boleh menyebabkan kesan perubahan minda sekiranya diambil dalam jumlah yang besar.

Shaheen berkata, pihaknya sedang menyiasat sama ada orang terjejas kerana meminumnya terlalu banyak atau masalah berpunca daripada ubat itu sendiri. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain