suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bencana Hidrometerologi Diramal Mendominasi Indonesia Pada 2013

JAKARTA: Bencana hidrometeorologi diramal mendominasi pada tahun 2013 di Indonesia.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencara (BNPB) Indonesia, kejadian banjir, tanah runtuh, puting beliung, kemarau, kebakaran tanah gambut dan hutan serta laut bergelora akan mendominasi berbanding bencana geologi, sosial dan biologi.

Diramalkan lebih 80 peratus bencana hidrometeorologi akan berlaku daripada sejumlah kejadian bencana yang bakal berlaku sepanjang 2013, kata BNPB dalam kenyataan di laman webnya, Khamis.

Peningkatan bencana hidrometeorologi itu tidak lepas daripada pengaruh perubahan iklim global dan antropogenik, katanya.

Antara diramalkan ialah kejadian banjir dan tanah runtuh berpotensi berlaku di Indonesia hingga April 2013 dengan puncaknya pada Januari-Februari 2013. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain