suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Presiden AS George H.W Bush Masuk ICU

George H.W. Bush. Foto AFP
George H.W. Bush. Foto AFP
George H.W. Bush. Foto AFP

HOUSTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George H.W. Bush dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital "berikutan demam yang berlarutan," tetapi beliau sedar dan boleh bercakap dengan kakitangan perubatan, kata jurucakapnya pada Rabu.

Jim McGrath, yang merupakan jurucakap Bush di Houston, berkata dalam e-mel ringkas bahawa Bush dimasukkan ke ICU di Hospital Methodist pada Ahad.

Beliau berkata, doktor optimis tentang rawatan dan bekas presiden "masih dalam keadaan sedar."

Tiada butiran lain yang didedahkan mengenai keadaan perubatan, tetapi McGrath berkata, Bush dikunjungi ahli keluarganya.

Bekas presiden AS yang berusia 88 tahun itu dimasukkan ke hospital sejak 23 November lalu, berikutan batuk berlarutan yang mempunyai kaitan dengan bronkitis, masuk dan keluar semula kerana komplikasi berkaitan dengan penyakit tersebut. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain