KATMANDU, Nepal: Sebuah bas yang membelok secara tiba-tiba ketika melalui kawasan bukit terjunam ke sungai di barat Nepal, mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang dan 19 yang lain cedera parah.Pegawai polis, Binod Ghimire berkata, bus itu membelok secara tiba-tiba di jalan dekat kampung Dhasrathpur dan terbabas sejauh 50 meter sebelum terjunam ke sungai Gam pada Jumaat pagi. Kawasan kejadian terletak kira-kira 400 kilometer barat laut dari ibu negara, Katmandu.Anggota polis dan tentera menjalankan kerja-kerja menyelamat.Kemalangan jalan raya sering berlaku di Nepal di mana kebanyakannya disebabkan oleh penyelenggaraan jalan dan kenderaan yang lemah. - AP