suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Maut, 11 Cedera Nahas Pendaratan Pesawat Di Myanmar

YANGON: Sebuah pesawat Myanmar yang membawa 65 penumpang termasuk pelancong asing terlibat dalam kemalangan sewaktu pendaratan di negeri Shan pada Shan, menyebabkan dua orang maut dan 11 lagi cedera, kata syarikat penerbangan itu.

Air Bagan berkata, pesawat itu Fokker-100 yang sudah berusia terpaksa melakukan pendaratan cemas tiga kilometer dari lapangan terbangan Heho, yang merupakan pintu masuk ke destinasi pelancongan popular Tasik Inle.

“Seorang penumpang yang hilang dijumpai mati di dalam pesawat. Kami masih lagi mengenal pasti penumpang yang meninggal dunia itu,” kata syarikat penerbangan itu menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di laman sosial, Facebook.

Menurut kementerian penerangan, mangsa itu merupakan kanak-kanak berusia 11 tahun, sambil menambawah bahawa empat warga asing merupakan antara yang cedera dalam kemalangan itu.

Ia berkata, seorang lagi terbunuh apabila pesawat itu merempuh sebuah motosikal di jalan raya dekat dengan lapangan terbang. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain