suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

355 Suspek Ditahan, 89 Kanak-Kanak Diselamat Daripada Pemerdagangan

BEIJING: Satu operasi besar-besar di China berjaya membanteras lima kumpulan pemerdagangan kanak-kanak, sehingga menahan seramai 355 suspek dan menyelamatkan 89 kanak-kanak.

Kementerian Keselamatan Awam China pada Isnin berkata, ia dikendalikan oleh operasi di sembilan wilayah pada Disember selepas menerima laporan mengenai pemerdagangan kanak-kanak dari wilayah selatan China di Fujian dan Yunnan.

Kementerian itu berkata, aktiviti pemerdagangan kanak-kanak begitu meluas di beberapa wilayah dan suspek membeli kanak-kanak dari wilayah itu termasuk Yunna dan Sichuan, dan memperdagangkan mereka ke wilayah-wilayah lain, di mana mereka akan dijual pada harga berlipat kali ganda.

Agensi Berita Xinhua berkata, dalam satu kes, seorang bayi lelaki berusia sebulan dari wilayah Yunnan untuk AS$10,000 (RM30,649.98) kepada seorang keluarga di wilayah Fujian.

Seorang bayi lelaki boleh dijual sehingga AS$14,250 (RM43,676.22, kata Xinhua. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain