suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ISA Ditarik Balik Di Bangkok

BANGKOK: Kerajaan telah menarik balik penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di beberapa bahagian ibu negara ini ketika keadaan keselamatan semakin pulih.

Jurucakap kerajaan Tosaporn Sereerak berkata Perdana Menteri Yingluck Shinawatra menandatangai perintah itu hari ini.

Mulanya, ISA dikuatkuasakan untuk sembilan hari bermula Khamis lepas di Pranakorn berikutan rancangan menganjurkan perhimpunan anti-kerajaan.

Kemudian di daerah-daerah Dusit dan Pomprabsattrupai, dekat Royal Plaza, berikutan keganasan dijangka berlaku semasa perhimpunan itu di sini, Sabtu lepas.

Perhimpunan anjuran Pitak Siam group, bagaimanapun, telah menarik kira-kira 20,000 penunjuk perasaan, jauh dari jumlah sejuta yang disasarkan.

Lapan puluh dua orang termasuk penunjuk perasaan, anggota polis dan seorang askar mengalami cedera kecil semasa perhimpunan itu.

Penguatkuasaan ISA, antara lain, membolehkan kerahan askar bagi membantu polis mengawal keadaan keselamatan dan penguatkuasaan perintah berkurung. -BERNAMA

Artikel Lain