suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Presiden Myanmar Kutuk Keganasan di Rakhine

NEW YORK: Presiden Myanmar, Thein Sein mengutuk keras keganasan perkauman yang berlaku di negara itu sehingga banyak nyawa melayang.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Pertubuhan Banga-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, hari ini. Sein menyatakan perkara itu dalam suratnya kepada Ban yang menegaskan dalang disebalik kekejaman di Rakhine tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Jurucakap PBB, Martin Nesirky, berkata surat itu jelas mengandungi maksud yang keras diberikan pentadbiran Sein mengenai keganasan yang berlaku di negaranya yang mengundang kutukan seluruh dunia.

Negara anggota PBB dan negara Islam mahu pentadbiran Sien menangani krisis Rakhine dengan segera dan memberi keadilan kepada tuntutan penduduk muslim Rohingya. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain