suria

Brazil Fokus Penyelidikan Pengklonan Haiwan Liar

RIO DE JANEIRO: Brazil kini menumpukan perhatian terhadap penyelidikan pengklonan bagi membantu mengawal kepupusan beberapa spesies haiwan.

Para saintis di Brazil berkata mereka telah menghabiskan dua tahun untuk membina sebuah perpustakaan gen dengan beratus-ratus sampel daripada 8 spesies asli, termasuk tenggiling berkolar, anjing belukar, singa Tamarin, rusa, jaguar dan serigala.

Walaupun masih di peringkat awal, projek itu merupakan projek pertama saintis Brazil dalam pengklonan haiwan liar, kata ketua pasukan Carlos Frederico Martins.

Martins berkata mana-mana klon yang berjaya dari projek Brazil ini tidak menjadi liar.

"Idea ini adalah untuk tidak menggunakan pengklonan sebagai alat pemuliharaan utama," kata Martins dalam sebuah wawancara telefon.

Beliau menegaskan bahawa klon menyelesaikan salah satu masalah utama yang dihadapi spesies dengan populasi semakin berkurangan.

"Idea ini adalah untuk mengembangkan perpustakaan gen merangkumi lebih banyak sampel dan juga lebih spesies ," kata Martins. AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain