Gempa Bumi Kuat Landa Pulau Jawa - Dunia | mStar

Gempa Bumi Kuat Landa Pulau Jawa

JAKARTA: Gempa bumi kuat 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah Banten, pulau Jawa awal pagi Ahad tetapi tidak mencetuskan tsunami.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Serang, Banten pusat gempa bumi terletak di Ujung Kulon, 95km ke barat daya daerah Pandeglang, Banten pada 2.26 pagi waktu tempatan.

Koordinator Unit Analis BMKG Serang, Banten, Halim Perdanakusumah berkata, pusat gempa itu berkedalaman 10 km dan beliau yakin tidak akan berlaku gempa susulan selepas ini kerana gegaran yang kecil.

Pihak berkuasa belum menerima sebarang laporan kerosakan harta benda atau kemalangan jiwa.

Sementara itu, para nelayan di tempat pelelongan ikan Ujung Kulon berkata, mereka tetap keluar menangkap ikan di laut sejak pukul 4.30 pagi ini dan tidak bimbang dengan kejadian gempa itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Gempa Bumi Kuat Landa Chile

Artikel Berikut

Gempa Bumi Kuat Landa Sumatera Utara

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain