suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah Orang Tua Terbakar, Tiga Disahkan Maut

SYDNEY:Sekurang-kurang tiga warga emas maut dan lapan yang lain cedera parah selepas sebuah pusat penjagaan warga emas terbakar, Jumaat.

Beratus anggota bomba, polis dan paramedik bergegas ke Quakers Hill Nursing Home yang dijilat api dan cuba menyelamatkan mangsa.

"Ini merupakan kejadian paling ngeri anggota penyelamat - cuba menyelamatkan rumah yang didiamai warga emas yang tidak mampu menyelamatkan diri sendiri," kata pegawai kanan bomba, Greg Mullins.

Superintenden Robert Redfern berkata tiga mayat dijumpai di dalam banggunan yang musnah teruk itu.

Pihak paramedik memberitahu lapan penghuni lain cedera parah manakala yang lain dirawat kerana kecederaan terbakar dan sesak nafas.

Redfern berkata jumlah kematian mungkin meningkat kerana kebanyakan mangsa sudah uzur dan mengalami kecederaan teruk. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain