suria

Baju Kuning Akan Berhimpun Bantah Thaksin Pulang

BANGKOK: Penunjuk perasaan "Baju Kuning" pada Jumaat berkata mereka akan melakukan demonstrasi minggu hadapan untuk menyuarakan bantahan ke atas cubaan kerajaan untuk membawa pulang Thaksin Shinawatra.

Thaksin kini tinggal di luar negara untuk mengelak hukuman dua tahun penjara di atas kesalahan rasuah namun satu mesyuarat kabinet minggu ini melaporkan satu undang-undang dibuat untuk membenarkannya pulang lantas menimbulkan kemarahan dari golongan pembakang.

People Alliance for Democracy (PAD) akan mengadakan satu perhimpunan sepanjang hari pada Isnin di luar pejabat Dewan Majlis Negeri, beritahu seorang jurucakap badan penasihat kerajaan, Parnthep Pourpongpan.

"Tujuan kami adalah untuk membantah rancangan kerajaan meminta Raja membenarkan Thaksin pulang ke Thailand. Ia merupakan keputusan semua pemimpin utama PAD," katanya. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain