suria

Ahli Politik Singapura Beri Komen Perkauman

SINGAPURA: Seorang ahli parti pemerintah Singapura dipaksa meletak jawatan dan berada di bawah siasatan polis selepas berkata di laman Sosial Facebook dengan mengambarkan kanak-kanak beragama Islam di dalam sebuah bas sebagai pelatih pengganas.

Seorang jurucakap polis memberitahu pemberita pada Jumaat bahawa mereka sedang menyiasat Jason Neo, 30, selepas orang awam membuat laporan mengenai kata-katanya itu yang dibuat di Facebook pada Febuari.

Satu laporan media tempatan pada Jumaat menyebut Neo dipaksa keluar daripada sayap pemuda Parti Tindakan Rakyat (PAP) selepas ahli parti lain menyelar kenyataannya itu.

Akhbar The Straits Times newspaper pada Jumaat menyiarkan satu gambar yaneg menunjukkan kata-kata Neo.

Di bawah satu gambar menunjukkan sebuah bas yang dinaiki sekumpulan kanak-kanak bergama Islam, Neo menulis komen untuk gambar tersebut yang berbunyi "Bas yang dipenuhi pelatih pengganas muda?"

Singapura mempunyai populasi yang terdiri daripada 74 peratus berbangsa Cina, 13 peratus penduduk beraga Islam dan sembilan peratus etnik India dengan yang lain adalah kumpulan imigran lain.

Mereka yang melakukan perbuatan perkauman boleh dihukum sehingga RM10,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain