suria

Persidangan London Bangkitkan Soal Keselamatan Siber

PUTRAJAYA: Keselamatan internet diberi tumpuan di persidangan mengenai ruang siber atau 'Cyberspace' di London baharu-baharu ini di tengah-tengah berkembangnya pengaruh ke atas kehidupan orang ramai dan faedah ekonomi serta sosial diperolehi daripada internet.

Persidangan tersebut berharap mencapai imbangan antara isu menggunakan seluruh potensi Jalur Lebar Dunia (WWW) untuk pertumbuhan ekonomi dengan mengwujudkan satu sekitaran talian yang selamat.

Lebih 700 perwakilan dari kira-kira 60 negara terdiri daripada wakil-wakil kerajaan, industri dan orang awam menghadiri persidangan tersebut.

Perdana Menteri British David Cameron dalam ucapannya di persidangan tersebut mendedahkan bahawa jenayah siber mengakibatkan United Kingdom menanggung kerugian dianggarkan 27 bilion pound (kira-kira RM135 bilion) dan sehingga AS$1 (kira-kira RM3.1) trilion di peringkat dunia setahun.

Beliau menyebut di peringkat industri cubaan dibuat setiap hari untuk mencuri rahsia kerajaan berupa maklumat yang bukan sahaja untuk kepentingan negara tetapi juga bagi pertubuhan perdagangan.

Katanya, Britain sedikit masa lagi akan membuat pendekatan baharu demi keselamatan talian yang lebih baik, pencecahan jenayah dan bagi menimbulkan kesedaran awam.

"Bagaimanapun masalah merentas sempadan memerlukan pula penyelesaian melampaui sempadan, dengan kerana itu dunia perlu bertindak bersama," katanya.

Setiausaha Negara British bagi Hal Ehwal Luar dan Komonwel William Hague, yang merasmikan persidangan itu berkata satu usaha berkumpulan diperlukan untuk semua pihak memperoleh potensi daripada ruang siber.

"Bagaimana untuk semua menikmati faedah daripada ruang siber yang selamat dan terjamin bagi generasi akan datang merupakan cabaran palin besar yang kita hadapi.

"Sambutan tidak terletak pada mana-mana kerajaan atau negara tetapi ia sangat penting supaya peluang sedemikian tidak dilepaskan begitu sahaja." Hague berharap idea dan cadangan dikemukakan dalam persidangan itu dapat dikembangkan menjadi apa yang beliau sebut sebagai satu 'Agenda London' iaitu satu pendekatan menyeluruh membantu masyarakat antarabangsa memperoleh hasil potensi begitu besar daripada ruang siber dunia yang lebih makmur dan selamat.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang menghadiri persidangan itu berkata suatu muafakat telah dicapai untuk merangka "satu rangkaian mekanisme antarabangsa yang tepat untuk mengatasi jenayah siber."

Beliau berkata persidangan telah mencapai satu persetujuan menyeluruh bahawa mesti ada usaha bersama mengendalikan jenayah siber di peringkat negara, serantau dan antarabangsa. Katanya, cadangan Malaysia supaya dibentuk satu rangkaian kerjasama antarabangsa untuk menasihat dan memberi bimbingan kepada generasi muda bagi penggunaan internet secara bertanggungjawab telah mendapat sambutan positif.

"Ramai yang memikirkan langkah pencegahan...Malaysia membuat cadangan tersebut kerana kita menghadapi generasi muda yang sangat berminat dan gemar menggunakan internet," katanya. Hague, dalam ucapan penutupnya berkata persidangan itu telah mencapai kemajuan penting dalam mengupas isu-isu seperti kebebasan internet, keselematan untuk kanak-kanak dan bidang digital.

Beliau berkata persidangan mengakui perlunya keupayaan fizikal untuk mengakses internet, bagi mempastikan ruang siber menjadi selamat dan terjamin serta usaha memperbaiki keselamatan perlu dibuat tanpa mengenepikan hak asasi media.

"Ini termasuklah meningkatkan lagi kerjasama dan persefahaman antara negara-negara, bahawa kita semua bertindak bersama dalam mengendalikan jenayah siber untuk memelihara faedah ekonomi dan sosial daripada internet," katanya.

Persidangan susulan mengenai norma tatalaku di ruang siber akan diadakan di Hungary tahun depan dan di Korea Selatan pada 2013 sebagai lanjutan kepada perbincangan di persidangan London itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain