suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Depot Minyak Meletup Di Sirte Libya: 100 Terkorban

TRIPOLI: Sebuah stesen minyak di bandar kelahiran Kolonel Muammar Gadaffi meletup dan mengorbankan 100 orang penduduk di kawasan sekitarnya.

Komander Majlis Peralihan Kebangsaan Libya, Leith Mohammed dipetik sebagai berkata, ramai yang terkorban terdiri daripada mereka yang sedang menunggu giliran untuk mengisi minyak pada kenderaan masing-masing.

Leith berkata, punca kebakaran dipercayai bermula dari percikan api dari generator yang digunakan untuk menghasilkan elektrik pada stesen berkenaan.

Kebanyakkan mangsa juga adalah mereka yang pulang untuk melihat kediaman masing-masing selepas melarikan diri apabila tentera kerajaan yang setia kepada Gadaffi meneruskan pertempuran dengan tentera pemberontak.

Sebahagian besar daripada penduduk Sirte yang berjumlah 120,000 orang telah mula kembali ke kediaman masing-masing sejak pertempuran itu tamat berikutan kematian Muaamar Gadaffi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain