suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berlusconi Terselamat Undi Tidak Percaya

ROME: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi pada Jumaat terselamat daripada undi tidak percaya di Parlimen.

Berlusconi memenangi 316 undi sokongan manakala 301 lagi menentang.

Keputusan itu masih menimbulkan keraguan sehingga saat akhir dan ada di kalangan ahli Parlimen menyatakan rasa gementar sebelum undian dilakukan untuk menentukan sama ada kerajaan pimpinan Berlusconi akan berakhir.

Situasi semakin meruncing pada satu peringkat di mana ada beberapa ahli Parlimen mengadakan mesyuarat dengan Berlusconi dan parti pembangkang memboikot undian pusingan pertama.

Setiausaha Parti Republik Itali (PRI), Francesco Nucara berkata, undian beliau dilakukan untuk menyelamatkan kerajaan demi kebaikan negara itu.

Bagaimanapun beliau menentang corak pemerintahan Berlusconi secara terang-terangan.

"Anda telah melantik beberapa individu dalam kerajaan dibawah pemerintahan anda yang tidak layak," kata Nucara sebelum undian dilakukan.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri itu turut bergelut dengan pelbagai skandal dan tekanan meruncing daripada pasaran kewangan.

Artikel Lain