suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serang Orang Amish, Empat Ditahan

OHIO (Amerika Syarikat): Empat orang lelaki yang dipercayai anggota kumpulan pemisah Amish ditangkap kerana didakwa pergi ke rumah seorang lelaki Amish kemudian menyerang dengan memotong rambut dan janggut mangsa menggunakan gunting.

Mempunyai janggut adalah amalan biasa bagi orang Amish yang sudah berkahwin dan serangan ke atas lelaki berusia 74 tahun di rumahnya pada malam Selasa itu dipercayai satu cubaan untuk merendahkan dan menghina mangsa.

Seorang Timbalan Sheriff berkata pihak berkuasa menangkap Johnny Mullet, 38, Lester Mullet, 26, Lewi Miller, 53 dan Lester Miller. Umur Lester Miller tidak diketahui segera dan tiada sebarang dakwaan dibuat terhadapnya setakat ini.

Akhbar The Pittsburgh Post-Gazette melaporkan bahawa pasangan Mullet dan Lewi Miller didakwa di atas kesalahan melakukan penculikan dan pecah rumah. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Banjir Di Thailand Semakin Buruk

Artikel Lain