suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berpuluh Ribu Berarak Bantah Pembunuhan Pemimpin Kurdish

BEIRUT: Lebih dari 50,000 penduduk berkabung pada Sabtu dan berarak di markas puak Kurdish Syria dalam upacara pengebumian salah seorang tokoh pembangkang terkenal Syria yang terbunuh sehari sebelumnya.

Pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah perarakan dan menyebabkan lima orang terbunuh, kata saksi.

Perarakan yang bermula pada Sabtu tersebut mengumpul paling banyak penduduk di kawasan puak Kurdish sejak bermulanya pergerakan anti Presiden Bashar Al Assad tujuh bulan lalu.

Namun sama ada perarakan yang berpunca daripada pembunuhan tokoh Kurdish, Mashaal Tammo pada Jumaat itu akan mencetuskan satu kebangkitan yang lebih besar tidak dapat dipastikan.

Terdapat juga tanda-tanda bahawa sesetengah penunjuk perasaan akan menggunakan senjata untuk menentang serangan yang dilakukan kerajaan Assad. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Banjir Di Thailand Semakin Buruk

Artikel Lain